rasanya berbulan-bulan wawa tak meng "update" blog ni. since april last year. busy sikit dengan persiapan perkahwinan adik yg berlangsung pada bulan jun 09. lepas je kenduri tu...wawa dapat tahu yg wawa pulak pregnant. so, mulalah makan tak lalu...tido tak lena dan mandi tak basah.ewah.......! masa 1st trimester tu wawa suka sgt makan nasi putih berlaukkan asam pedas daging dan ikan bilis hancur cili api...ayam? no way! tgk pun boleh muntah balik...teruk jugak masa 1st trimester... tp alhamdulilah...tak lah sampai masuk ward...cuma agak tak bermaya dan mood pun tak brapa nak stable...skarang ni dah masuk 35 weeks...org kata dah mula menghitung hari...rasa takut n gementar tu ada...harap-harap dipermudahkan olehNya proses kelahiran nanti.
masuk je bulan okt...mak dan abah dapat pulak tawaran dari tabung haji untuk menunaikan ibadat haji thn lepas...jadi wawa sibuk sikit menguruskan butik dan pada masa yang sama...kena jugak uruskan majlis perkahwinan. maklumlah...dah hujung-hujung tahun ni...ramai yg nak kenduri sebab musim cuti sekolah.
December 09...mak dan abah selamat sampai ketanahair...rindu tak terkata...tp alhamdulilah semuanya dapat berkumpul seperti sebelumnya....
apa cerita dengan zara?
anak kesayangan yg sulung ni dah semakin membesar.. dah masuk 1 thn 8 bulan.dah semakin petah bercakap tp pada masa yang sama semakin manja pulak...mungkin sebab akan dapat adik bulan depan...takut kehilangan kasih sayang dan perhatian agaknya...manja sgt dengan abah dia. tido pun kalau boleh masuk bawah ketiak dia nak masuk...bab swimming atau main air..serah pada zara...suka sgt aktiviti-aktiviti mcm tu...kat sini wawa cuba upload sikit gmbar masa zara celebrate harijadi yg pertama jun thn lepas...
Kisah Abah zara?
abah zara mcm biasalah...sibuk dengan kerja-kerja sendiri, kerja butik such as pasang pelamin dan menguruskan majlis perkahwinan. paling abah zara suka sgt bila dapat keluar main bola or futsal...tak pelah...katanya utk maintain stamina. kalau tak bersukan nanti semput nak kerja tak de stamina. suka hatilah abah...abah dah belikan katil baby baru utk anak yg bakal lahir ni...barang-barang lain pun abah dah siapkan...cuma nak tunggu baby keluar jer...masa buat 3d scan hari tu...abah bangga sgt sebab dah boleh nampak yang anak abah yg sorang ni sebijik muka mcm abah specially part hidung n mulut...apa-apalah...asalkan lahir tanpa masalh...sihat dan sempurna...tu dah cukup untuk seorang mama dan abahnya.....
Saturday, February 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment