Wednesday, February 25, 2009
Mawar Putih Untuk Mama
Mlm ni tetiba aku teringat lagu mama nyanyian sh.aini.
as everybody know...kalau lagu2 sh.aini mmg la sedap n mendayu2. i'm not a big fan of sh aini...tp sikit2 lagu2 yg best tu aku tahu juga lah...
so, aku try cari lirik yg betul...n mlm ni baru aku tau tajuk lagu ni yg sbnr. but for me the lyric was fantastic. xpayah cakap byk2...bg jer lyric ni kat mak...mesti dah paham how much we love them!
Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
style="font-weight:bold;">
aku boleh katakan rapat jugak dgn mak. tp aku bukan anak manja. paling best bila aku satu2nya anak yang mak turunkan resepi choc cake n cheese kek mak yang power itu. dari 2 resepi yg power tu la sebenarnya aku mula berniaga. dari jualan kek choc n cheese aku dapat simpan duit besarkan biz aku sikit demi sikit. tu lah berkatnya ilmu dari mak....
citer pasal mak...terlalu byk...masa kecik aku anggap mak orgnya garang. kuat membebel dan silap sikit mesti kena marah. lagipun mmg masa aku kecik mak nye schedule untuk aku dan adik ....aduh ! ketatnya. tp bila dah makin membesar, pandangan aku pada mak mula berubah sikit demi sikit. aku mula nmpak kelembutan mak. aku mula perasan yang mak aku ni sporting sbnrnya.
masa aku duduk asrama kat smvsp2, mak , abah n adik2 datang tgk aku kat hostel mengejut. waktu tu aku kat public phone...tgh try buat reverse charge.tp operator telekom ckp kat umah xde org jawab. suddenly kawan2 aku ckp mak aku sampai dr kl....korang paham tak mcm mana happynyer aku? mmg tgh rindu sgt...tetiba mak ada kat depan mata. tmbah best bila mak bawakkan 2kg moist choc cake utk aku dan kawan2.
bila aku mula2 start berniaga, mak amik cuti tnpa gaji...tolong aku niaga laksa dan bubur utk pasar ramadhan. bukan setakat tu saja,...bila ada katering, mak yang masak. sebab waktu tu aku masih mentah dalam berniaga dan pekerja pun xdak. sapa lg nak tlg kalau bukan mak. mak mmg bersusah payah utk aku...kalau nak dibalas mmg xterbalas...
aku bukan anak yang terlalu obey ...tp aku juga bukan anak derhaka ... nauzubillah ... jauhi aku dari menjadi anak derhaka. 1 permintaan mak yang aku tak dapat ikut... kahwin dengan pilihan keluarga... bukan aku tak nak.cuma mungkin waktu tu bukan masa yang sesuai utk aku mendirikan rumah tangga... mungkin bukan jodoh ku dan segalanya berkemungkinan. waktu tu mak mungkin berkecil hati dengan sikapku yang tidak mendengar kata. tp aku tahu, lama2 mak dapat memahami perasaan aku.
kini, aku bukan saja ada mak...perkahwinan 2 thn lepas antara aku dan suami menbuatkan aku memiliki seorang lagi mak...orgnya mmg sweet...sentiasa mengukir senyum. penampilannya sederhana. walaupun usianya hampir menjangkau 60 thn tp ttp nmpk muda dr usia sebenar. paling aku gemar masakan mak di terengganu...nasi dagang dan nasi lemak sambal ikan tongkol. selama ni nasi daganglah yang paling aku tak suka. ikan tongkol pada ku bau hanyir. pernah aku cuba makan nasi dagang masa belajar kat dungun dulu. tp tekak tak boleh terima. bila mak menggunakan kepakaran nya memasak nasi dagang...pergh! tangkap leleh...aku siap boleh tambah....itulah keajaiban masakan dari air tgn seorang yang bergelar mak.
mungkin aku baru lagi mengenali mak yang sorang ini...baru nak masuk 3 thn. aku masih belajar utk mendekati mak. aku mungkin tak pandai nak bersembang mesra dan bergurau senda dengan mak...tp aku pandai belikan barang keperluan utk mak...itu aku akui...sebagai anak yang baru dalam keluarga...aku perlukan lebih masa utk mesra dengan semua org.
kini aku sendiri telah bergelar mama. tentunya aku mahukan yang terbaik utk zara...nama manja utk anak sulungku. baru aku paham betapa seorang mak tidak sanggup membiarkan anaknya menagis kelaparan waktu malam. sanggup bangun suapkan susu walau sakit atau mengantuk sekalipun. dan bila anakku sudah semakin lasak kini, baru aku paham betapa seorang mak nak sgt anaknya mendengar kata dan tidak melawan cakap dan kehendaknya...
seorang mak punya kasih sayang yang melimpah ruah untuk anaknya...xkira apa kelemahan atau apa kelebihan anak tersebut. kini baru ku tahu perasaan seorang mak....terlalu tulus ... ikhlas ... dan sanggup berkorban apa saja demi seorang anak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment