Tuesday, February 24, 2009

SIAPA AKU?

SALAM..
Nama ku Puteri Salwa Najid. Biasa dipanggil Kak Long oleh adik-adik ...sebab aku anak sulung dalam family. tp sedara mara dan kawan-kawan terbiasa memanggilku Wawa. Umur...thn 2009 ni umurku menjangkau 29 thn...dilahirkan pada mei 1980 ...maknanya aku lahir pada thn monyet (ikut kepercayaan cina) dan aku berbintang taurus ...siapa aku? kata dato dr fazilah kamsah, org yang lahir bulan mei adalah org yang keras hati dan tegas, kuat semangat and highly motivated...betul ke? hanya aku dan org yang kenal aku tahu betul atau tak...

Aku dilahirkan di Alor Setar , kedah...specifically...hospital besaq. 3 hari 3 mlm mak aku sakit nak bersalinkan aku....coz aku ni dilahirkan songsang....umur 5 thn aku masuk pre-school kat childrens corner,jln stadium...tak tau lah masih ada ke tak tadika tu...

sekolah rendah...kalau kat aloq staq mesti la ASMA. 6 thn kat SRKSA ...byk benda pahit manis berlaku. igt lagi thn 1997-1992.masa tu cikgu besaq nama cik juwariah. antara fav cikgu adalah ustazah aminah, cikgu khabtiah,cikgu bakar...ramai lagi sebenarnya...masa skolah rendah aku aktif jugak kebudayaan dan kesenian ni...so masa aku darjah 6 dapat la jugak aku peluang menari untuk konsert hari merdeka...masa tu sambutan kat kedah...so budak2 kedah yang lebih kurang age aku dapat peluang buat konsert untuk program kat rtm 1. selain tu, persembahan untuk senamrobik pun aku selalu join. kira part2 menari n cheer leading nie aku aktif jugak la...tp kelemahan aku...jgn suruh aku bersukan....hampeh!

dapat saja result upsr, aku dapat 3a , 1b...seingat aku b tu matematik. aku dapat masuk tingkatan 1 kat SMSA...best la dapat masuk ASMA...kawan-kawan aku pun ramai kat sana. tp yang sedihnya...kelas kami berbeza mengikut keputusan upsr kami. aku yang tak dapat 4a ni terpaksa duduk kelas belakang-belakang....tp seingat aku kelas 1 malaysia (1m) thn 1993 tu best jugak....bestfriend aku ina, azida...time tu kami mmg die hard fan of mamat exist...kalau dapat citer balik kisah-kisah tu...lawak sungguh!

sedih jugak bila aku tak dapat teruskan belajaq kat ASMA. nak buat mcm mana...abah aku kena transfer ke KL. dapat naik pangkat. so, aku pun sekolah kat SMK seafield. berpisah dengan ina...sesuatu yang sedih sgt.tp aku dapat kenal dengan azreena, najwa, kak yanie and justina....pengubat jugak la tu...lain kawan lain cerita dan kisah...lain tempat...lain memori yang terakam. kat SMK Seafield pun xlama... lepas je pmr aku yang betul-betul tak memberansangkan....rasa gelap masa depan...punah harapan dan sebagainya....aku decided untuk tukar sekolah lagi...

1996...bermula lah kehidupanku di asrama...SMV sg petani 2. memang kekok dan bengkok nak blajar hidup tanpa mak abah di sisi...tp kelebihanku...aku anak sulung.jadi aku lebih berdikari .banyak benda kena buat sendiri. paling aku terasa bila baju kena basuh sendiri. tu la pertama kali aku basuh baju sendiri setelah hidup hampir 16 thn. ditempatkan di blok dinamik...belajar jurusan katering....mmg berbeza dari kehidupan aku di sekolah lain. kami bukan saja belajar memasak dan menguruskan bahan...tp kami juga belajar ttg keushawanan...alhamdulilah, aku dapat menebus kembali kesilapan yang pernah aku buat masa pmr dulu...mentari seolah bersinar kembali apabila diumumkan yang aku telah mendapat pangkat 1 dlm spmv....

dan...awan mendung pun berarak supaya mentari dapat menyinari alam semula...begitu jua dengan aku...dengan keputusan sedemikian, aku layak ditempatkan di Uitm. diploma pengajian perniagaan di kampus dungun, terengganu. nasib aku bertambah baik bila sepupu paling rapat dengan ku dapat belajar jurusan yang sama dan kami ditempatkan di asrama yang sama. 3 thn di sana memang amat bermakna terutama sekali dengan kawan-kawan yang sampai hari ni masih berhubung.nurul, baby, teh, che-e, wawa,la, zana, linda....mmg menghiburkan....susah senag bersama...byk kisah mereka yang akan aku ceritakan kemudian

3thn di negeri org...di pantai timur...3 thn bertungkus lumus dan dihembus angin laut cina selatan, aku sekali lagi berjaya melanjutkan pengajian ku ke peringkat sarjana muda...BBA hons in marketing di Uitm Shah Alam...kehidupan yang sekali lagi berbeza.tp perlu di tempuhi demi ilmu, demi kasih sayang seorang anak untuk org tuanya dan demi diri sendiri...kenalan ku bertambah. memori ku juga bertambah...dan terlalu panjang untuk aku ceritakan di sini....

bergelar siswazah kelas kedua rendah bukanlah sesuatu yang amat membanggakan...tp sekurang-kurangnya aku berjaya menamatkan pengajianku dengan 3 pointer. dan untuk diri aku...aku masih boleh berbangga kerana aku ada kekuatan untuk teruskan pengajian hingga habis...namun, untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana....bukan aku malas, tp aku ambil keputusan untuk bekerja dulu.dapatkan pengalaman. tp sehingga hari ini ,semangat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, tak pernah padam. masih berkobar-kobar sebenarnya...cuma masa yang akan menentukan.

tamat pengajian, aku bekerja sebagai assistant restaurant manager trainee di rasa ayamas. hampir 5 bulan di situ, aku quit. aku decided untuk bekerja sendiri. dari kecik aku mmg minat berniaga. tmbahan pula dengan pendedahan yang aku dapat dari kecil...membuatkan aku rasa keputusan untuk quit dari rasa ayamas adalah 1 keputusan yang betul. alhamdulilah....berkat usaha, kekuatan diri dan dorongan keluarga....aku memulakan perusahaan kek dan biskut secara kecil-kecilan dari rumah. seawal usia 23 thn aku telah bergelar seorang usahawan...dari situ aku mula mengusahakan katering dengan nama deli puteri. bercerita mengenai pengalaman?...tentu sekali terlalu bernilai...xternilai dengan wang ringgit...kukutip satu-persatu pengalaman itu dan ku simpan erat dalam kamus hidupku...insyallah...panjang umur akan aku ceritakan disini sedikit demi sedikit.

pada usia 26 thn aku bertemu jodoh dengan lelaki pilihan ku . azhar zakaria...siapa dia? peguam? doktor? pegawai kerajaan? pengurus muda? ....dia bukan sesiapa...dia hanyalah seorang lelaki biasa yang bisa membuatkan aku jatuh hati dengan kejujuran, kegigihan, semangat dan aku nampak potensi dalam dirinya. tidak dikategorikan hansem. berkulit sawo matang, kurus, agak tinggi....berasal dari terengganu..aku yakin dia jodoh yang ditetapkan untuk ku. dan pada 0gos 2006, kami telah di ijab qabulkan dan diraikan dalam 1 majlis persandingan yang indah untuk diriku.

aku dan suami sama-sama mengusahakan perniagaan katering. dulu aku usahakannya sendiri...kini suami dan aku bertambah kuat untuk menempuh segala ranjau dunia perniagaan. thn 2007, bulan ramadhan....berkat usaha dan penat lelah siang dan mlm, kami menerima 1 jemputan yang amat bermakna....kami di jemput Allah ke tanah suci mengerjakan umrah....dan kepulangan kami sekeluarga dari tanah suci, kami mendapat idea untuk memulakan perniagaan baru....GALERI PENGANTIN MUSLIMAH....satu-satunya galeri pengantin bertudung di putrajaya....dirasmikan pada disember 2008 oleh ytm tunku zawiyah . kini aku dan keluarga bersama-sama menjalankan perniagaan ini. setiap ahli keluarga ada tanggungjwab masing-masing....

dan 8 bulan yang lepas, aku dikurniakan Allah seorang puteri comel yang ku beri nama Puteri Fathimah Azzahra' Azhar....

inilah serba sedikit rumusan kisah dan perjalanan hidupku. akan aku kembangkan dan lanjutkan dalam cerita-cerita yang akan datang...insyallah.selamat berkenalan dan sehingga berjumpa lagi...wasalam!

No comments:

Post a Comment